Connect with us

Oh! Media

Ubai Tak Dapat Tahan Sebak Bergambar Bersama Shila Amzah Dengan Foto Arwah Ibu Ketika Di Majlis Akad Nikah

Untitled Design   2

Oh! Artis

Ubai Tak Dapat Tahan Sebak Bergambar Bersama Shila Amzah Dengan Foto Arwah Ibu Ketika Di Majlis Akad Nikah

Sebentar tadi telah berlangsung majlis perkahwinan yang ditunggu-tunggu buat penyanyi, Shila Amzah bersama teman pilihan hatinya yang merupakan pensohor media sosial, Ubai.

BACA : Tahniah! Shila Amzah Dan Ubai Selamat Bernikah, Terima Mas Kahwin RM20 Ribu

Shila Amzah dan Ubai telah dinikahkan oleh Ustaz Haji Mohamad Khairi Husin dan berwalikan bapa Shila, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh dalam sebuah majlis yang berlangsung di Boathouse, Ampang.

IKLAN

Tapi apa yang mencuri perhatian ketika majlis tadi apabila Ubai dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika sesi bergambar bersama foto ibu tersayang, Rohani Jamal.

Menerusi video ‘live’ majlis akad nikah itu, Ubai yang mengalirkan air mata mungkin terkenangkan ibu kesayangan itu ditenangkan oleh isteri, Shila Amzah.

C6a74e55 59c0 4726 bb95 88fb6c12b708
55d0321b f592 46c6 8905 f9e34d8c31fe
3d0c9c5b c7ec 4e66 9944 0c2a7a49f75c

Malah, Shila juga turut sama-sama mengelap pipi akibat dibasahi air mata ketika sesi bergambar itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut meninggalkan komen berbaur sedih dan mendoakan agar Ubai tetap kuat dan terus gembira dan bahagia kerana sudah mempunyai pasangan hidup untuk menemaninya selepas ini.

Kredit: Youtube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas