Connect with us

Oh! Media

Tya Arifin Bantu 25,000 Rakyat Malaysia Sejak Bergelar Usahawan

Article 6 9 11

Oh! Artis

Tya Arifin Bantu 25,000 Rakyat Malaysia Sejak Bergelar Usahawan

Tya Arifin, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari binti Arifin merupakan seorang pelakon di Indonesia dan juga merupakan menantu tiri Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

BACA: “Saya Dah Minta Izin Ayah” – Asyraf Khalid Jawab Kecaman Kongsi Wajah Penuh Anak Kedua Siti Nurhaliza

Tya bukan sahaja seorang pelakon, bahkan merupakan seorang penyanyi dan usahawan berjaya di Malaysia.

IKLAN

Tolak tepi karier seni demi bantu orang ramai

2021 11 09 131416

Menerusi laman Harian Metro, Tya Arifin yang berumur 27 tahun ini mengucapkan rasa syukur apabila berjaya membantu lebih 25,000 rakyat Malaysia sejak bergelar usahawan dari 2017. Tya menyatakan bahawa ini merupakan salah satu sebab dia terpaksa mengenepikan karier seni demi membantu lebih ramai orang memperoleh pendapatan.

Sejak saya usahakan produk sendiri iaitu Mutyara, kini lebih 25,000 berjaya saya bantu terutama golongan wanita untuk memiliki sumber pendapatan. Baik suri rumah, ibu tunggal, dibuang kerja, atau wanita berkerjaya lain yang perlu pendapatan sampingan.

Disebabkan itu, saya memang kena ketepikan seketika kerjaya lakonan kerana mahu terus mengejar misi membantu lebih ramai orang. Sasaran saya pada tahun hadapan adalah dapat membantu lebih 100,000 rakyat Malaysia pula. Menjadi usahawan juga sebenarnya membuatkan saya kembali jumpa tujuan hidup. Kalau dulu, saya berlakon demi mencari wang untuk ibu bapa saya dan sejak berkahwin, saya tertanya apa lagi tujuan hidup perlu dikejar.

Tya menyatakan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk membuat sebarang gimik demi melariskan jualan produknya. Tujuan utamanya adalah untuk menjadi usahawan dalam jangka masa yang panjang.

Dia mahu membantu seramai yang boleh untuk mengecapi impian bersamanya dalam bidang perniagaan.

Ibu kepada dua orang anak ini juga menyatakan bahawa dia dan suami, Asyraf Khalid berharap untuk memiliki anak ketiga selepas keadaan pandemik semakin pulih. Dia tidak mahu mengambil risiko dalam waktu yang tidak sesuai ini.

Semoga Tya semakin maju dalam urusan perniagaan dan mampu membantu lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang dalam kesusahan. Sungguh, niat suci murninya mampu membawanya ke arah yang lebih tinggi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas