Connect with us

Oh! Media

“Saya Dah Minta Izin Ayah” – Asyraf Khalid Jawab Kecaman Kongsi Wajah Penuh Anak Kedua Siti Nurhaliza

Oh! Artis

“Saya Dah Minta Izin Ayah” – Asyraf Khalid Jawab Kecaman Kongsi Wajah Penuh Anak Kedua Siti Nurhaliza

Kelmarin ramai yang menyambut gembira khabar berita mengenai kelahiran anak kedua Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Dalam pada keseronokan itu, berbunyi pula beberapa suara sumbang yang mengkritik anak tirinya, Asyraf Khalid.

BACA: Dato’ Siti Nurhaliza Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Ini kerana lelaki itu dan isterinya, Tya Arifin didakwa seperti menggunakan berita itu untuk menarik tontonan video yang tinggi di saluran YouTube mereka.

IKLAN

Tambahan pula, Siti Nurhaliza yang dilihat hanya menayangkan sedikit sahaja gambar anak keduanya namun Asyraf dan Tya telah memuat naik vlog panjang selepas kelahiran bayi itu dengan menunjukkan muka penuhnya. Selain turut memuat naik foto di laman Instagram mereka.

Rata-rata netizen di Twitter meluahkan rasa kesal kerana pasangan itu sepertinya tidak menghormati Siti Nurhaliza dengan melakukan hal tersebut.

Asyraf Khalid Dikecam Asyraf Khalid Dikecam Asyraf Khalid Dikecam Asyraf Khalid Dikecam Asyraf Khalid Dikecam Asyraf Khalid Dikecam

Dalam pada itu, Asyraf dilihat menjawab persoalan salah seorang pengikut laman media sosial miliknya mengenai hal tersebut.

“Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini.”

Asyraf Khalid Dikecam

Untuk pengetahuan anda, nama Asyraf sebelum ini turut terpalit dengan kritikan apabila dia terlebih dahulu membuka akaun laman Instagram anak pertama Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah selepas dilahirkan pada 2018.

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Irsa
Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas