Oh! Artis
“Tunggu Je Lah Nanti” – Kazar Enggan Kupas Isu Ira Dan Syamsul Berkahwin
Kontroversi yang melanda dunia hiburan mengenai pengarah, Syamsul Yusof telah berkahwin buat kali kedua bersama Ira Kazar masih lagi panas hingga hari ini.
BACA: Didakwa Menyokong Anak Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah, Kazar Dikecam Netizen
Walau bagaimanapun, Kazar enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu perkahwinan ini meskipun telah dikiritik teruk oleh netizen.
Nanti-nantilah
Menurut laporan daripada Mstar, Kazar menjelaskan dirinya sedang menjalankan penggambaran di Ipoh dan tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai isu panas tersebut.
Tunggu la, sekarang ini tak boleh nak komen atau ulas apa-apa. Nanti-nantilah.
Sebelum ini, keluarga Syamsul Yusof meluahkan rasa terkilan dengan situasi kini dan mengaku mereka tidak sudi berbesankan Kazar. Tambahan, netizen juga turut berasa bengang apabila pelakon itu seolah-olah menyokong tindakan Ira untuk berkahwin dengan Syamsul di Thailand.
Kredit: Mstar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM