Connect with us

Oh! Media

Tular Video Suhaimi Saad Imbau Momen Ina Naim Luah Perasaan Cinta 

Untitled Design   1

Oh! Artis

Tular Video Suhaimi Saad Imbau Momen Ina Naim Luah Perasaan Cinta 

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita salah seorang penyanyi daripada kumpulan In-Team, Suhaimi Saad yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Kemudian tular satu video di media sosial memaparkan Suhaimi berkongsi mengenai dirinya dan isteri, Ina Naim meluahkan perasaan masing-masing selepas kedua-duanya gagal dalam percintaan sebelum itu.

@masthuramdali1

salam takziah buat Ina dan Anak2,last tengok live arwah asyik batuk2 dan nampak kurang sihat,semoga ditempat dengan org2 yang beriman Aaminn..

♬ bunyi asal – moksu – Ⓜ️🅾️KSUlaa 😘😘

Kebetulan lepas Ina putus tunang, saya pula putus dengan seorang pelajar universiti. Dah nak kahwin tapi mak dia tak setuju, mak dia tak suka artis.

Ina berterus terang dengan saya, dia kata ‘Ina memang suka dekat abang’. Bukan saya yang melamar Ina, dia yang melamar saya kemudian saya pergi meminang ikut sunnah Nabi S.A.W.

Suhaimi juga berkata isterinya itu adalah seorang yang berani kerana memulakan langkah pertama dan yakin Ina memiliki ciri-ciri wanita solehah.

IKLAN

Dia bukan seorang perempuan materialistik, dia tak pandang harta, dia memang betul ikhlas sebab tu dia berani tanya saya.

Saya nampak dia pakai stokin maknanya dia sanggup berubah. Daripada pakai seluar jeans tukar pakai kain, daripada pakai tudung singkat tukar pakai tudung labuh.

Arwah juga sempat menitipkan nasihat agar kaum wanita untuk tidak malu memulakan langkah jika pasangan yang diingini memiliki akhlak yang baik kerana Saiyiditina Khadijah pernah melakukan demikian terhadap Rasulullah S.A.W.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas