Connect with us

Oh! Media

Tular Video Didakwa Mirip Pelakon Cilik Berpakaian Seksi Di Kelab Malam, Teguk Arak Dan Bertatu?

Ohmedia pelakon Arak

Oh! Artis

Tular Video Didakwa Mirip Pelakon Cilik Berpakaian Seksi Di Kelab Malam, Teguk Arak Dan Bertatu?

Tular video dakwa pelakon cilik berpakaian seksi, teguk arak dan miliki tatu. Netizen minta bukti sahih, bimbang dakwaan hanya fitnah.

Kecoh di Threads, video dan gambar mirip seorang pelakon cilik wanita yang didakwa terlibat dengan gaya hidup bebas dan berpakaian mencolok mata.

Lebih mengejutkan netizen apabila imej pelakon itu sebelum ini didakwa sangat sopan dengan tudung dan berpakaian longgar.

Tatu, arak dan tuduhan gugur kandungan?

Menerusi beberapa perkongsian tular, wanita yang didakwa sebagai selebriti berkenaan dilihat sedang berhibur di sebuah kelab malam sekitar ibu kota sambil mengenakan pakaian seksi.

IKLAN
Pelakon
Pelakon

Tak cukup dengan itu, tersebar juga video menunjukkan wanita itu sedang menikmati minuman keras serta memiliki tatu pada tubuhnya. Dakwaan itu dipercayai ada kaitan dengan pengaruh teman lelakinya.

Pelakon

Namun, ada juga netizen yang tidak percaya dan menegaskan menyebarkan dakwaan tanpa fakta boleh menjurus kepada fitnah serta menjejaskan maruah seseorang individu.

Pelakon

Setakat ini, pelakon yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan khabar angin yang belum disahkan kesahihannya.

Pssttt! Tak dinafikan, perubahan seseorang selebriti yang pernah kita kenali sejak kecil memang boleh mengejutkan. Tapi kita juga perlu matang dalam menilai, jangan terus menjatuhkan hukuman tanpa bukti. 

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas