
Oh! Artis
Tular Risteena ‘Copy’ Gaya Riben Bella Astillah?
Pelakon Nur Risteena baru-baru ini menjadi bualan hangat netizen selepas tampil bergaya dengan fesyen rambut berhias riben besar.
Tetapi sayangnya, ada pula yang mendakwa Risteena cuba ‘meniru’ gaya selebriti popular, Bella Astillah.
Pakai dari tahun 2022 lagi
Tak tunggu lama, Risteena tampil memberi respon yang cukup tenang tapi ‘padu’ di Instagram Story miliknya.
Menurut pelakon ini, dia sudah memakai gaya riben di rambut sejak tahun 2022 lagi. Sebagai bukti, dia memuat naik sekeping foto menunjukkan riben yang sama.
Tahun 2022 dah pakai riben.
“Tak kisah siapa tiru siapa, semua boleh pakai” – Risteena

Bukan sekadar throwback gambar, Risteena juga menjelaskan yang dia dah lama membeli dan memakai aksesori tersebut, dan tak kisah pun siapa nak pakai apa.
Ramai tanya bila saya beli riben tu? Dah lama dah tu. Riben lama je saya pakai. Takde istilah siapa tiru siapa kay. Semua orang bebas pakai apa yang dia suka. Jangan pening fikir dah.
Risteena juga sempat mengingatkan para pengikutnya untuk fokus kepada perkara yang lebih bermanfaat terutamanya di akhir-akhir Ramadan ini.
BACA: ”Kalau Lah Orang Tahu Apa Kami Tahu” – Risteena Munim ‘Repost’ Luahan Ibu Aliff Aziz
