Connect with us

Oh! Media

“Tolong Jangan Bandingkan Anakku Dengan Anak Orang Lain..” – Ibu Qistina Raisah

Qistina raisah ibu ohmedia

Oh! Artis

“Tolong Jangan Bandingkan Anakku Dengan Anak Orang Lain..” – Ibu Qistina Raisah

Pelakon remaja, Qistina Raisah memang selalu terpalit dengan isu yang kurang enak melibatkan pemakaiannya. Bagaimanapun, dalam satu perkongsian di Instagram Story, Qistina ada berkongsi semula luahan ibunya, Roszana Aminuddin buat netizen.

Dalam kapsyen yang ditulis oleh ibu Qistina, dia meminta netizen untuk tidak membandingkan anaknya dengan individu lain.

Tolong jangan bandingkan anakku dengan anak orang lain. Tolong jangan katakan apapun tentang anakku yang kurang dimatamu.

Jika kamu bilang peduli dan khawatir, sejatinya aku seorang ibu yang pertama kali peduli dan khawatir segala tentang anakku.

IKLAN

Banyak yang mereka sudah lalui dan perjuangkan selama ini…

Dalam pada itu, Roszana juga mengatakan orang luar tidak sepatutnya berkata apa-apa kerana tidak faham apa yang mereka lalui dan perjuangkan selama ini. Bagaimanapun, Roszana mengakui dia masih belajar untuk lakukan yang terbaik buat anaknya.

Aku ibu yang masih terus belajar yang terbaik untuk anakku, aku tidak akan menyerah dan lelah untuk mengusahakan yang terbaik untuk anakku. Jika itu kurang dimatamu maka itu bukan urusanku.

Image 54

Rasanya boleh faham dengan apa yang dirasai ibu Qistina ni sebab sehingga hari ini banyak pandangan yang kurang baik sering dikaitkan dengan anaknya. Apapun, semoga baik-baik sahaja buat mereka sekeluarga.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas