Connect with us

Oh! Media

Tindakan Bawa Anak Ketika Agih Bantuan Dipersoal, Achey Beri Penjelasan

Oh! Artis

Tindakan Bawa Anak Ketika Agih Bantuan Dipersoal, Achey Beri Penjelasan

Ketika Selangor ditimpa bencana terburuk dalam tempoh tujuh tahun ini, kelihatan ramai orang dari negeri luar telah bekerjasama dalam membantu dan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Senarai Bank Dan Bantuan Khas Untuk Mangsa Banjir Dan Pelanggan Terjejas Bencana Alam

Hal itu tidak terlepas juga dari kalangan selebriti tempatan apabila sanggup turun padang dalam mengagihkan bantuan kepada mangsa yang menetap di Pusat Perlindungan Sementara (PPS).

Salah seorangnya ialah pelawak terkenal, Achey yang ketika ini bersama rakan-rakannya dilihat gigih menyantuni mangsa banjir serta membantu dalam menyumbangkan beberapa barang keperluan.

Dipersoal bawa anak ketika jalankan misi bantuan, Achey beri penjelasan

Bagaimanapun, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah turut membawa anaknya, Tiara sepanjang menjalankan misi bantuan termasuklah ketika menyantuni mangsa-mangsa banjir.

Namun, perkongsiannya di media sosial itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak dan rata-ratanya mempersoalkan tindakan Achey itu yang dilihat sangat berbahaya.

Berhubung dengan perkara itu, pelawak berusia 35 tahun itu telah tampil menjelaskan tindakannya itu dengan membawa Tiara adalah semata-mata ingin memperlihatkan realiti kehidupan dan ujian Allah SWT kepadanya.

Menurutnya, walaupun anak perempuannya itu masih kecil, namun Achey berpendapat bahawa dia perlu didedahkan dengan isu semasa serta keadaan sekeliling.

Saya membawa Tiara ke lokasi yang tidak berbahaya dimana kawasan yang air sudah surut dan tidak mendatangkan risiko untuk bawa anak kecil. Malah, di lokasi itu juga ramai kawan-kawan Tiara yang turut terkesan akibat bencana ini.

Ramai yang mengulas mengatakan saya membahayakan nyawa Tiara, namun realitinya tidak begitu kerana saya sendiri tak berani hendak ke tempat yang air masih berada di paras tinggi.

Walaupun sedar tindakan itu berbahaya, namun Achey menegaskan bahawa dirinya sentiasa menitikberatkan soal keselamatan anaknya dan hanya dibawa ke kawasan yang tidak berada di paras tinggi.

Saya mahu anak melihat ujian Allah SWT dan segalanya boleh berlaku sekelip mata. Ini adalah realiti kehidupan dan setiap insan diuji dalam pelbagai bentuk.

Mengulas mengenai misi bantuannya, Achey setakat ini telah memberikan bantuan berhampiran kawasan rumahnya selain turut ke kawasan Parit Mahang, Bukit Cerakah dan Bukit Kuching.

Katanya, walaupun bantuan itu tidak seberapa, namun sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang diuji dengan bencana tersebut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas