Connect with us

Oh! Media

Timbul Pula Pelakon Lelaki Popular Era 80-an Kahwin Lagi Satu

Pelakon lelaki popular kahwin ohmedia

Oh! Artis

Timbul Pula Pelakon Lelaki Popular Era 80-an Kahwin Lagi Satu

Kalau sudah jodoh, tidak ke mana. Betul tidak? Apapun, macam musim pula sekarang ni selepas ramai juga antara selebriti di Malaysia yang memilih untuk kahwin lebih dari satu.

BACA: Marah Suami Kahwin Baru Bukan Lesen Dedah Cerita Dalam Kain Di Media Sosial

Pelakon lelaki popular era 80an kahwin lagi satu…

Terbaru, seorang penyanyi dan pelakon lelaki yang cukup popular era 1980an dilaporkan sudahpun selamat bernikah seorang lagi.

IKLAN

Memetik laporan Harian Metro, isteri barunya masih muda dan jarak umur antara mereka sangat jauh.

Sumber kepada Harian Metro turut mendakwa ramai penduduk berdekatan tempat tinggal mereka melihat kelibat artis itu.

Bagaimanapun, mereka enggan menghebohkan perkara ini kerana ia masih samar-samar dan takut menimbulkan fitnah.

Namun, baru-baru ini ada kejadian membabitkan mereka hingga membawa kepada laporan polis. Menerusi apa yang berlaku, dipercayai artis dan wanita terbabit adalah pasangan suami isteri. Namun, butiran lanjut tidak diketahui.

Setakat ini tidak dapat dipastikan siapakah artis yang dimaksudkan. Ini kerana Harian Metro hanya menyebut pasangan itu ada hadir ke pertandingan nyanyian membabitkan anak mereka yang juga seorang penyanyi wanita popular.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas