Connect with us

Oh! Media

Marah Suami Kahwin Baru Bukan Lesen Dedah Cerita Dalam Kain Di Media Sosial

Kahwin baru ohmedia

Oh! Lifestyle

Marah Suami Kahwin Baru Bukan Lesen Dedah Cerita Dalam Kain Di Media Sosial

Isu permasalahan dalam rumah tangga ketika ini nampaknya semakin menjadi-jadi selepas seorang demi seorang tanpa segan berkongsi masalah dalam kain di media sosial.

Alasan marah dengan tindakan berpoligami sering digunakan isteri untuk mereka dedahkan kesalahan suami sehingga orang ramai melihat si isteri boleh berkongsi kerana sudah lama terseksa.

Marah suami sebab sayang kan? Jadi, kenapa perlu rosakkan hubungan lagi?

Pandangan itu dikongsikan Perunding Psikologi Keluarga, Suzana Ghazali kerana apa yang dilakukan mereka boleh memberi kesan lebih buruk terhadap hubungan. Tak cukup dengan itu, marah keluarg turut tercalar dengan teruk.

IKLAN

Memang setiap orang ada emosinya tetapi emosi itu kita perlu kawal dengan fikiran, Memang tidak ada wanita yang gembira bila suami kahwin lain.

Tetapi walaupun tidak suka atau tidak mahu terima (berpoligami), itu bukan satu lesen untuk kita mendedahkan, menceritakan segala benda.

Kenapa kita marah suami kahwin lain? Kerana sayang. Tetapi kalau kita burukkan orang yang kita sayang, kena ingat kesannya kepada hubungan.

Dalam pada itu, Suzana menasihatkan mereka yang mempunyai masalah dalam hubungan untuk tidak mengikut emosi semata-mata. Kita perlu kawal dan berfikir dengan bijak, baik dan buruk setiap keputusan yang akan dilakukan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas