Connect with us

Oh! Media

Tiga Hari Berturut-Turut Arwah Suhaimi Saad Datang Dalam Mimpi Ina Naim

Ohmedia ina Naim

Oh! Artis

Tiga Hari Berturut-Turut Arwah Suhaimi Saad Datang Dalam Mimpi Ina Naim

Al-Fatihah buat arwah Suhaimi Saad. Baru-baru ni, Ina Naim dalam satu perkongsian dilihat tidak dapat menahan sebak apabila dia bertemu arwah suami di dalam mimpinya selama tiga hari berturut-turut.

Menurut Ina, mimpi itu hadir ketika dia sedang demam dan menyebabkan kerinduannya terhadap arwah semakin mendalam.

Selama kak Ina demam tiga hari, tiga hari berturut-turut itulah saya mimpikan arwah. Tapi, saya dah cerita dengan abang Khairul (suami) juga.- Katanya.

Ina turut menceritakan bahawa dalam mimpinya, arwah Suhaimi tidak bercakap tetapi kehadirannya cukup untuk membuatkan dia menitiskan air mata kerana tidak dapat menyembunyikan rasa rindunya.

IKLAN

Pesanan suami agar tidak tenggelam dalam kesedihan…

Ina Naim

Dalam perkongsian yang sama, Ina turut mendedahkan pesanan suaminya, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, agar dia tidak terlalu tenggelam dalam kesedihan mengenang arwah suaminya.

Cuma Khairul berpesan jangan lupa untuk kembali semula ke sini (dunia) jika saya bermimpikan arwah.- Katanya.

Pesanan ini jelas menunjukkan betapa Khairul sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk Ina meneruskan kehidupan.

Untuk pengetahuan korang, Ina pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Allahyarham Suhaimi Saad, pada 12 Oktober 2007. Namun, kebahagiaan mereka hanya bertahan hingga 15 November 2023 apabila Suhaimi meninggal dunia.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah, dan Nur Layla Elghufrony.

Setahun selepas kehilangan arwah Suhaimi, Ina memulakan kehidupan baharu bersama Mohd Khairul Rizal pada 8 November tahun lalu.

#OhmediaNasihat

Kehilangan insan tersayang sememangnya meninggalkan kesan mendalam, lebih-lebih lagi jika mereka pernah menjadi sebahagian besar daripada hidup kita.

Namun, hidup perlu diteruskan dan sokongan daripada orang sekeliling sangat penting untuk kita bangkit semula.

Ohmedia ina Naim

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas