Connect with us

Oh! Media

“Tidak Lagi Aku Peduli Pada Ugutan Sekutu Kau” – Puteri Balqis

Oh! Artis

“Tidak Lagi Aku Peduli Pada Ugutan Sekutu Kau” – Puteri Balqis

Nama pelakon remaja, Puteri Balqis menjadi tumpuan ramai selepas membuat dakwaan mengejutkan mengenai bapanya.

ADVERTISEMENT

Pendedahan itu bagaimanapun tidak disambut baik sesetengah pihak. Ada yang menyelar tindakan Puteri Balqis atau Aqish yang dikatakan membuka aib darah daging sendiri.

BACA: Sering Dihina Sebab Bertatu, Ibu Puteri Balqis Pula Dedah Derita Lama Bersama Bekas Suami

Remaja berusia 15 tahun ini bagaimanapun tidak gentar dan berkata dirinya tidak lagi takut dengan sebarang ugutan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aqish berkata, hidupnya cuma ada ibu. Walau seburuk mana pun ibunya, wanita itulah yang menjaga, memandikan, mencuci najis dan menadah tangan sewaktu dia berlumuran darah ketika sakit.

Dia, yang sanggup dihina seperti sampah dan anjing kurap oleh berjuta manusia demi mempertahankan anak sekeji aku.

Menurut pelakon ini, dia tidak lagi takut dengan cacian dan hinaan manusia. Dia tidak akan patah semangat mendoakan agar ibunya bahagia.

Tidak lagi aku peduli pada ugutan sekutu-sekutu kau hari ini, untuk memastikan ibuku malu sepanjang hidupnya.

Puteri Balqis juga tidak menyesal mendedahkan perkara sebenar walaupun kebenaran itu bakal ‘membunuh’ hidup mereka berdua.

Kredit: Instagram morosechild

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas