Connect with us

Oh! Media

“Tidak Benar Sama Sekali” – Shahrulezad Nafi Nad Zainal Sakit Berpunca Dari Ubat Kurus

Jpg 20221127 105005 0000

Oh! Artis

“Tidak Benar Sama Sekali” – Shahrulezad Nafi Nad Zainal Sakit Berpunca Dari Ubat Kurus

Sejak enam hari yang lalu, pelakon cantik popular, Nad Zainal dikhabarkan telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

BACA: “Stabil Tapi Keadaan Tak Berapa Okey” – Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan

Pengarah, Shahrulezad memaklumkan bahawa keadaan Nad semakin baik tetapi perlu sentiasa dipantau dan ditidurkan sehingga paru-parunya kuat. Shahrulezad juga memaklumkan vital organ Nad berfungsi dengan baik terutamanya buah pinggang.

IKLAN

Bukan berpunca ubat kurus

Screenshot 20221126 141735 instagram

Selain itu, desas desus bahawa Nad dimasukkan ke hospital berpunca daripada ubat kurus dinafikan sama sekali oleh Shahrulezad.

Jadi khabar angin mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus la apa la adalah tidak benar sama sekali. Masalah Nanad sekarang ialah paru-paru dia yang masih dalam proses penyembuhan. Apa yang Nanad perlukan sekarang ialah kekuatan dalaman dia untuk terus berjuang untuk kembali sihat. Selain dari itu Nanad juga perlukan doa daripada korang semua. – Shahrulezad

Shahrulezad atau dikenali sebagai Budak Ijat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga hospital yang tidak jemu menjaga Nad sehingga keadaannya semakin pulih.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas