Connect with us

Oh! Media

“Tiada Satu Bapa Nak Lihat Anak Susah” – Chef Wan Hadiah Perabot, RM10k Untuk Rumah Baru Serina

Cover Photo Om 1200 X 675   2022 06 02t103705836

Oh! Artis

“Tiada Satu Bapa Nak Lihat Anak Susah” – Chef Wan Hadiah Perabot, RM10k Untuk Rumah Baru Serina

Cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan sememangnya dikenali dengan sikapnya yang pemurah dan bertanggungjawab kepada keluarga.

Meskipun lantang dalam berkata-kata dan memberi nasihat, Chef Wan sebagai seorang bapa tidak sanggup melihat anak-anaknya hidup susah.

BACA: “Bukan Main Kipas..”, Anak Datang Jamu Selera, Chef Wan Sempat Perli Isu Kahwin Lari Ke Siam

IKLAN

Terbaru, sempena hari jadi Serina hari ini, Chef Wan menghadiahkan set meja makan dan sofa untuk rumah barunya. Selain itu, Chef Wan membantu dari segi kewangan memasang kabinet dapur.

Bila rumah dah nak siap nanti, Chef Wan akan beri RM10,000 untuk kelengkapan seperti aksesori.

Macam ni la tanggungjawab bapa dari anak itu kecil sampai la dah tua pun seorang bapa yang baik akan mahu membantu. Tiada satu bapa pun nak melihat anak-anak mereka di dalam kesusahan.

Tak bantu banyak, bantu sedikit pun jadi lah.

Katanya lagi, meskipun pelbagai kemelut yang timbul sebelum ini dia sebagai seorang bapa akan tetap membantu selagi boleh.

Meskipun ada yang perli kononnya dia hanya menunjuk, riak dan sebagainya, Chef Wan sama sekali tidak peduli. Dia akan tetap menjalankan tanggungjawab dan memberi contoh yang baik kepada orang lain.

Kredit: Instagram Chef Wan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas