Connect with us

Oh! Media

“Bukan Main Kipas..”, Anak Datang Jamu Selera, Chef Wan Sempat Perli Isu Kahwin Lari Ke Siam

Oh! Artis

“Bukan Main Kipas..”, Anak Datang Jamu Selera, Chef Wan Sempat Perli Isu Kahwin Lari Ke Siam

Sebut sahaja nama Chef Wan, sudah pasti ramai yang akan mengenalinya oleh kerana terkenal dengan sifat bersahaja serta selalu teliti dalam setiap hidangan yang disediakan.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Fikirlah Logik Border Pun Tutup’ – Serina Nafi Nikah Di Siam

Walaupun sering hadir dalam pelbagai rancangan televisyen (TV), Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Bin Ismail sebelum ini pernah dihimpit beberapa kontroversi melibatkan anak-anaknya.

Terdahulu, media sosial dikecohkan dengan perkhabaran menyatakan anaknya, Sherina, didakwa telah bernikah buat kali kedua bersama jejaka pilihan bernama Aidid di sempadan Thailand.

Lebih mengejutkan, perkara tersebut langsung tidak diketahui oleh bapanya sehingga mencetuskan kemarahan Chef berusia 63 tahun itu di atas perilaku anaknya.

Bagaimanapun, isu berkenaan dilihat semakin membaik selepas Serina memberikan penjelasan bagi menerangkan situasi sebenar membabitkan kontroversinya itu.

Anak datang menjamu selera, Chef Wan perli isu anak?

Terbaharu, nama Chef Wan sekali lagi menjadi perhatian apabila sempat berseloroh dengan memerlikan anaknya itu ketika Serina hadir ke restoran miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, kelihatan anak-anaknya yang terdiri daripada Serina bersama suaminya serta Nazri sempat mengunjungi salah satu restoran milik Chef Wan untuk menjamu selera.

Dalam hantaran itu, beliau telah memuat naik sebuah video memaparkan hidangan yang bakal dijamu mereka bersama beberapa keping gambar anak-anaknya di premis tersebut.

Namun apa yang menarik perhatian ialah ulasan daripada Chef Wan yang berseloroh seakan-akan memerli anaknya mengenai isu kahwin lari ke Thailand.

Bukan main kipas Dyson malam ni makan free bapak belanja. Membawang ke mesyuarat nak lari kahwin di Siam lagi ke seorang itu?

Dulu mereka pakat adik beradik. Ni nak tengok siapa pulak yang berani lagi kan. Bapak juga jadi mangsa.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Chef Wan walaupun seakan-akan marah, namun masih menunjukkan rasa kasih sayang kepada anak-anaknya.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 5,000 tanda suka serta seramai 253 orang telah meninggalkan komen.

Kredit: Instagram Chef Wan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas