Connect with us

Oh! Media

Pernah Tragis Dikecam, Da’i Syed Maafkan Semua Orang Selepas Bebas Tuduhan Cabul

Ohmedia daisyed

Oh! Artis

Pernah Tragis Dikecam, Da’i Syed Maafkan Semua Orang Selepas Bebas Tuduhan Cabul

Selepas teruk dikecam, pendakwah selebriti, Da’i Syed akhirnya dapat menarik nafas lega apabila kebenaran berpihak kepadanya. Ini apabila Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini melepas dan membebaskan Syed atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii. Dia juga dituduh mencabul seorang penuntut kolej swasta tapi akhirnya semua sudahpun selesai.

BACA: Dai Syed Bebas Dua Tuduhan Jenayah Seksual Hari Ini

Disebabkan itu, Syed menyatakan dia telahpun memaafkan pihak yang mencaci dan memfitnah dirinya walaupun ketika itu kebenaran belum terjawab.

IKLAN

Da’i Syed sedar ramai tak puas hati dengan keputusan mahkamah

Ada yang berpendapat ini tidak adil kerana saya tidak dihukum. Namun, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan mahkamah dan menerima dengan berlapang dada.

Tindakan untuk memaafkan ereka yang mengecam selama ini adalah untuk memberikan ketenangan kepada saya.

Syed dalam pada itu mengakui apa yang dilaluinya merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Terutamanya ketika dia direman beberapa hari di dalam lokap.

Buat masa ini, tiada apa yang ingin saya luahkan kecuali bersyukur kerana keputusan berpihak kepada saya. Saya sangat menghargai kata-kata semangat dan sokongan serta tidak lupa buat pihak yang mendoakan kesejahteraan buat saya.

Diharapkan apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas