Connect with us

Oh! Media

Dai Syed Bebas Dua Tuduhan Jenayah Seksual Hari Ini

Trending

Dai Syed Bebas Dua Tuduhan Jenayah Seksual Hari Ini

Penceramah selebriti, Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful telah dibebaskan daripada pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Mangsa Gangguan Seksual Da’i Syed Tarik Balik Laporan Polis

Menurut laporan Utusan Online, Hakim Jamaludin Mat juga membenarkan permohonan peguamnya, Syed Amirul Syed Edros untuk pendakwah berusia 27 tahun itu dilepas dan dibebaskan.

Hakim juga bersetuju dengan hujahan peguam bela dan memerintahkan supaya wang jaminan yang berjumlah RM25,000 dipulangkan semula.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim telah mohon tertuduh supaya dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) di bawah Seksyen 254(2) CPC.

Sebelum ini, pendakwah bebas itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut ketika mangsa berusia 22 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Kemudian, dia juga didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Kredit: Utusan Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas