Connect with us

Oh! Media

‘Tertekan’ Sebab Tak Reti Guna IG, Nabil Ahmad Jelaskan Video Free Hair Isteri Rakaman Lama

Ohmedia nabil Ahmad 2

Oh! Artis

‘Tertekan’ Sebab Tak Reti Guna IG, Nabil Ahmad Jelaskan Video Free Hair Isteri Rakaman Lama

Pasangan selebriti, Nabil Ahmad dan Zira Ayub akhirnya tampil menjelaskan isu kontroversi mendakwa Zira kembali tidak berhijab November tahun lalu.

Rupa-rupanya, ianya berpunca daripada Nabil yang secara tidak sengaja memuat naik rakaman lama di Instagram Story sehingga mencetuskan salah faham.

Rakaman lama sebelum berhijab, Nabil tertekan ‘post’

Nabil Ahmad

Memetik laporan mStar, Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub verkata, video itu merupakan rakaman sebelum dia memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya.

IKLAN

Instagram kan selalu keluar gambar lama (throwback), tapi tak tahu macam mana Nabil termuat naik tanpa sengaja. Itu video lama, jadi saya enggan bercakap sebab nanti risau orang lain menambah perkara lain pula.

Dalam pada itu, Nabil turut mengakui kesilapan tersebut berpunca daripada dirinya yang kurang mahir mengendalikan media sosial.

Nabil tak reti guna IG

Nabil Ahmad

Saya tak reti dan tak tahu macam mana boleh termuat naik video lama tu. Iyalah selama ini memang isteri yang jaga akaun media sosial.

Beliau turut menambah, selepas kejadian ini, dia akan lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial.

Bapa kepada tiga orang anak ini risau anak-anak akan terkena tempias atas kesilapan yang dilakukannya tanpa sengaja. Jadi, selepas ini dia akan lebih peka dan berwaspada.

#OhmediaNasihat

Oh baru tahu rupa-rupanya Instagram Nabil dikendalikan oleh isterinya. Kalau tak mahir, memang tak sedar pun tertekan ‘post’ video throwback tu kan?

Jadi, kes ini mengingatkan kita tentang pentingnya berhati-hati dalam menggunakan media sosial untuk mengelakkan salah faham berlaku. Tak pasal-pasal kecoh satu Malaysia!

Ohmedia nabil Ahmad 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas