Connect with us

Oh! Media

“Tersentuh Sana Sini..” – Netizen Titip Pesanan Buat Zarina Anjoulie Bersama Tunang

zarina anjoulie

Oh! Artis

“Tersentuh Sana Sini..” – Netizen Titip Pesanan Buat Zarina Anjoulie Bersama Tunang

Suka bila nampak pelakon Zarina Anjoulie semakin bahagia sejak bertunang dengan seorang lelaki bergelar Datuk Seri Khazrul.

ADVERTISEMENT

Kalau korang perasan, sejak Anjoulie mendedahkan hubungan itu, dia sudah jarang terkait dengan sebarang isu panas dan nampak perubahan yang baik.

BACA: “Aku Bukan Biawak Hidup..” – DS Khazrul Dedah Berhabis RM100K Bina Pagar Zarina Anjoulie

Terbaru, Anjoulie berkongsi gambar dirinya bersama tunangnya selepas mendakwa pengikutnya selalu tanya tentang tunangnya.

Tulis Anjoulie yang lebih mesra disapa sebagai Anju itu, dia menjelaskan mengapa kini jarang benar berkongsi foto bersama Khazrul.

Ramai tanya asal (kenapa) Anju tak post fasal tunang, mana dia. Ada je. Yela, dulu Anju asyik post ramai complaint kata meluat. Bila tak post tanya pula. Nah saya belanja satu.

Dalam gambar itu, kelihatan Khazrul memegang paha Anju sehingga mengundang komen-komen nakal netizen.

zarina anjoulie

Dalam pada itu, ada juga yang menitipkan pesanan agar kedua-duanya menjaga batas pergaulan kerana masih belum berkahwin dan juga mengelakkan penyakit ‘ain’.

Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar jodoh antara Anju dan encik tunang berkekalan dan berakhir di jinjang pelamin serta kekal hingga akhir hayat.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas