Connect with us

Oh! Media

“Terlalu Banyak Kebaikannya Untuk Saya Cerita Di Sini” – Fizo Omar Tegur Individu Sindir Najib Razak

Oh! Artis

“Terlalu Banyak Kebaikannya Untuk Saya Cerita Di Sini” – Fizo Omar Tegur Individu Sindir Najib Razak

Pelakon Fizo Omar menegur orang ramai yang memberikan reaksi sindiran terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bersabit hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta, semalam. 

ADVERTISEMENT

BACA: “Datuk Seri Najib Boleh Fail Petisyen Bagi Tujuan Pengampunan” – Pakar Perlembagaan

Dalam satu hantaran di Instagram, Fizo berkata, berita tersebut bukanlah untuk dirai sebaliknya orang ramai harus memandangnya dari sudut yang berbeza.

Baginya ini adalah percaturan dari Allah SWT dan Fizo percaya ada mesej yang tersirat untuk orang ramai.

Jelasnya apa yang berlaku menunjukkan rakyat Malaysia berada di bawah undang-undang yang sama dan tiada kelebihan dari segi jawatan, pangkat mahupun kuasa.

Soal tentang kebenaran di atas apa yang yg dilakukan, itu hanya tuan punya badan dan Allah sahaja yang mengetahuinya, kita sebagai rakyat biasa hanya disajikan dengan laporan dari media dan tidak sepatutnya untuk terus menghina dan menghukumnya.

Beberapa kali berpeluang bekerjasama dengan Datuk Seri Najib, Fizo berkata terlalu banyak kebaikan untuk diceritakan.

Katanya lagi, banyak faedah dapat dinikmati rakyat Malaysia ketika beliau memimpin negara suatu masa dahulu.

Kredit: Instagram Fizo Omar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas