Connect with us

Oh! Media

“Datuk Seri Najib Boleh Fail Petisyen Bagi Tujuan Pengampunan” – Pakar Perlembagaan

Trending

“Datuk Seri Najib Boleh Fail Petisyen Bagi Tujuan Pengampunan” – Pakar Perlembagaan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta selepas didapati bersalah dalam kes menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

ADVERTISEMENT

BACA:“Saya Berasa Dianiaya” – Najib Dakwa Badan Kehakiman Berlaku Tidak Adil Padanya

Pada ketika ini, Najib masih lagi kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan walaupun disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Persekutuan semalam.

Najib boleh mohon pengampunan

Dalam pada itu, Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz turut mengatakan bahawa bekas Menteri Kewangan itu boleh membuat petisyen memohon pengampunan.

Datuk Seri Najib perlu memfailkan petisyen pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemberesan rayuannya.

Namun, difahamkan kedudukan Datuk Seri Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan akan hilang sebaik sahaja petisyen permohonan itu diluluskan.

Tetapi jika petisyen pengampunan difailkan, beliau akan hilang kelayakan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.

Datuk Seri Najib secara rasminya menjalani hukuman penjaranya selama 12 tahun berkuatkuasa semalam.

Kredit: Twitter Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas