Connect with us

Oh! Media

Terkini! Pemilik Dan Pemandu Bot Dalam Kes Kematian Tangmo Nida Mengaku Bersalah

tangmo

Oh! Artis

Terkini! Pemilik Dan Pemandu Bot Dalam Kes Kematian Tangmo Nida Mengaku Bersalah

Apa yang terjadi kepada pelakon Nida Patcharaveerapong atau lebih dikenali sebagai Tangmo Nida sememangnya turut dirasai oleh kita di Malaysia. Banyak persoalan yang timbul tentang apa sebenarnya yang terjadi ke atas mangsa yang sebelum ini didakwa terjatuh dari bot.

ADVERTISEMENT

BACA : Timbul Spekulasi Tangmo Masih Hidup, Polis Thai Jangka Dapat ‘Jawapan’ Dalam Masa 7 Hari

Terbaru! Menurut laporan dari Bangkok Post, terdapat dua defendan bagi kes kematian pelakon igu bakal dijatuhi hukuman penjara.

Pemilik bot laju dalam kejadian, Tanupat “Por” Lerttaweewit mengaku bersalah atas tuduhan cuai hingga menyebabkan kematian dan pemandu bot, Phaiboon “Robert” Trikanjananun juga mengaku bersalah kerana membawa bot tanpa lesen.

tangmo nida

Walau bagaimanapun, Mahkamah Wilayah Nonthaburi menggantung hukuman penjara tersebut dan memerintahkan mereka berdua untuk jalani khidmat komuniti.

Tanupat yang pada awalnya dihukum penjara lima tahun lapan bulan dan denda 128,000 baht dikurangkan kepada dua tahun sembilan bulan, hukuman digantung tiga tahun, dan denda dikurangkan kepada 64,000 baht.

Manakala Phaiboon yang dikenakan hukuman penjara empat tahun empat bulan dan denda 108,000 baht kemudiannya dikurangkan kepada dua tahun dua bulan, dengan hukuman digantung tiga tahun, dan denda dikurangkan kepada 54,000 baht.

Kredit: Bangkok Post

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas