Connect with us

Oh! Media

Terkilan Digelar Sakit Mental, Janna Nick Beri Ayat ‘Deep’ Kepada Netizen

Oh! Artis

Terkilan Digelar Sakit Mental, Janna Nick Beri Ayat ‘Deep’ Kepada Netizen

Sebut sahaja nama Janna Nick, pelbagai kontroversi serta hujahan tentang pelakon berbakat ini selama penglibatannya dalam industri seni.

ADVERTISEMENT

BACA: Janna Nick Takkan Padam Gambar Baju Nampak Dada Dan Kongsi Gambar Lain Pula

Janna memulakan kerjayanya dengan memegang watak tambahan sebelum membawa watak utama sehingga namanya semakin dikenali ramai.

Terdahulu, pelakon berusia 26 tahun ini pernah terpalit dengan kontroversi melibatkan hantaran gambarnya di laman Instagram hingga mendapat perhatian netizen.

Namun, perkara itu dibalas kembali oleh Janna Nick selain mengakui tidak pernah memadam kembali gambar yang dimuat naik serta bertindak mengendahkan komen-komen nakal.

Janna Nick digelar sakit mental?

Terbaharu, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Munir mengakui terkilan terhadap sebuah komen daripada netizen yang meyentuh soal mentalnya.

Perkara itu dimuat naik melalui Instagram story miliknya mendedahkan komen tersebut serta memberikan sedikit ulasan tentang kenyataan itu.

Sehubungan itu, dia berpendapat bahawa netizen seakan-akan mempunyai hak untuk bersuara dengan menyampaikan sesuatu yang salah berbanding golongan artis.

Kenyataan sekarang, jadi artis je tak boleh cakap salah. Jadi netizen jelah boleh cakap.

Iyalah, dah jadi public figure kan. Terima sahajalah apa kritikan orang.

Tidak faham akan kewujudan komen buruk

Menerusi hantaran IG story sebelum ini, Janna Nick juga telah membuka sesi soal jawab bersama pengikutnya tentang wajarkan komen buruk patut dilemparkan.

Menurutnya, dia tidak faham mengapa wujud segelintir individu yang boleh menulis komen teruk semata-mata ingin menyakitkan hati orang lain.

Kadang-kadang tak faham kenapa wujud manusia yang gigih komen benda-benda teruk dan menyakitkan hati orang lain.

Saya pun pengguna media sosial tetapi tidak pernah pun nak tulis komen terus atau tinggalkan kritikan kerana tidak suka terhadap sesuatu perkara.

Tambahnya lagi, tindakan negatif dengan melemparkan komen buruk itu mampu mencerminkan sikap serta keperibadian seseorang.

Saya kalau benda yang saya suka akan saya puji, tapi kalau benda tu teruk, saya diam saja. Saya tak akan gigih nak tweet atau kutuk orang.

Menerusi hantaran yang lain, pelakon itu turut menasihati netizen supaya tidak berasa bangga apabila dapat membuli seseorang kerana ia bukan sesuatu yang perlu dibanggakan.

Kredit: Instagram Story Janna Nick I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas