
Oh! Artis
Teringin Nak Rasa Hujan Rahmat Di Depan Kaabah, Rabecca Nur Al-Islam Menangis Doa Dimakbulkan
Selebriti, Datin Rabecca Nur Al-Islam tak dapat menahan sebak apabila doanya untuk merasa hujan di depan Kaabah dimakbulkan.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Rabecca berkata, semasa pusingan tawaf ke-4 dia meluahkan rasa teringin merasai hujan rahmat di Tanah Suci.
Siapa sangka, semasa pusingan tawaf ke-6 hujan tiba-tiba turun dengan selebat-lebatnya. Beliau terus menangis kerana terlalu sedih.
Ya Allah Ya Tuhanku. MasyaAllah. Lepas tawaf umrah MasyaAllah saya berdoa Allah menurunkan hujan rahmat buat saya tiba-tiba. Hujan lebat selebat-lebatnya. Allahuakbar.
Di tengah hujan lebat itu, Rabecca memanjatkan doa buat keselamatan dan kesejahteraan saudara di Palestin.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Rabecca Nur Al-Islam
