Connect with us

Oh! Media

“Terima Kasih Bertahan Dengan Jejaka Paling Kontroversi Di Malaysia..” – Caprice

Oh! Artis

“Terima Kasih Bertahan Dengan Jejaka Paling Kontroversi Di Malaysia..” – Caprice

Pejam celik pejam celik hari ini genaplah setahun Caprice melayari bahtera rumahtangga bersama isteri tercinta, Farra Inalis.

ADVERTISEMENT

Dalam satu hantaran di Instagram, Caprice secara berseloroh berkata dia terlupa dengan ulangtahun perkahwinannya kerana terlalu sibuk dengan kerja sehingga menyebabkan isteri ‘moody’.

Mana taknya selepas satu hari baru ingat!

Dalam hantarannya itu, Caprice meluahkan rasa terima kasih kepada isteri kerana sanggup bertahan dan bersabar selama 12 bulan ini dengan lelaki paling kontroversi di Malaysia.

Selamat ulang tahun pertama hingga jannah InsyaAllah. Maaf tak dapat jadi yang terbaik sepanjang masa dan sanggup bertahan dengan segala drama yang ada.

Caprice sempat berpesan kepada anak muda yang baru kahwin supaya set reminder beberapa hari sebelum tarikh kahwin untuk hidup selamat.

Tahun lalu, penyanyi rap Caprice mengejutkan ramai apabila tiba-tiba berkahwin selepas 40 hari hilang daripada sosial media.

Difahamkan Caprice dan Farra Inalis sudah setahun berkenalan sebelum ambil keputusan untuk berkahwin pada 15 November 2021.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas