Connect with us

Oh! Media

Tempah Katering Hujung Tahun Ni Kahwin Dengan Watie? Ini Penjelasan Shuib

Untitled Design   1

Oh! Artis

Tempah Katering Hujung Tahun Ni Kahwin Dengan Watie? Ini Penjelasan Shuib

Apabila disoal mengenai khabar angin bakal berkahwin tidak lama lagi oleh rakan penyampai radio, Shuib Sepahtu sememangnya rasa terkejut dan menafikan dakwaan tersebut.

Melalui laporan Harian Metro, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memberitahu Ajak ada terserempak dengan seorang pemilik katering yang mendakwa menerima tempahan untuk hari bahagianya.

Menurut Ajak, pemilik katering itu berkata Shuib sudah menempah katering untuk majlis perkahwinan serta memaklumkan jumlah tetamu yang bakal menghadiri majlis terbabit.

IKLAN

Namun, penyampai radio Hot FM itu berkeras menafikan khabar angin terbabit dan berkata, Ajak adalah orang pertama yang akan dijemput seandainya ia benar-benar berlaku.

Ketika mengenali Watie, Ajak antara orang pertama saya kongsikan. Semua itu dusta. Ada pihak buat fitnah dengan ‘menjual’ cerita yang tidak betul.

Dalam pada itu, Shuib berkata khabar mengenai dirinya bakal berkahwin pada Mac tahun hadapan adalah tidak benar, malah tiada perancangan pun lagi.

Sekadar info, Shuib telah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah pada 2011 yang juga merupakan penyanyi dikenali ramai dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas