Oh! Artis
Telefon Bimbit Zarina Anjoulie Dirampas SKMM
Zarina Anjoulie dipanggil SKMM, telefon dirampas. Anju anggap pengajaran dan minta anak jangan dikaitkan.
Kadang-kadang hidup artis ni penuh dengan drama kan korang? Baru-baru ni, nama pelakon sensasi Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju sekali lagi jadi bualan.
Sekarang ni, dia dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk beri keterangan berhubung kontroversi dengan seorang lelaki digelar Hot Daddy.
Telefon bimbit Zarina Anjoulie dirampas untuk siasatan…

Menurut Anju, pihak SKMM bukan saja ambil keterangan daripadanya, tapi telefon bimbit miliknya juga telah dirampas bagi tujuan siasatan lebih mendalam.
Pihak MCMC sedang membuat siasatan, tolong beri ruang kepada mereka untuk jalankan tugas.
Telefon saya pun dah diambil untuk siasatan. Buat masa ini saya hanya guna telefon secondhand sementara.- Katanya.
Walaupun ramai yang mungkin akan melatah dalam situasi macam ni, Anju nampaknya tenang dan lebih memilih untuk melihat sisi positif kejadian tersebut.
Akui terima semua ini sebagai pengajaran…

Jauh dari marah atau kecewa, Anju menganggap semua yang berlaku ini sebagai satu teguran dan pengajaran dalam hidupnya.
Tak apa, ini pengajaran untuk saya. Terima kasih kepada netizen yang sudi menegur dan menasihati, ia peringatan yang baik supaya saya tidak mengulangi kesilapan yang sama.- Ujarnya.
Tapi apa yang paling ditegaskan oleh Anju, dia tak mahu anaknya jadi mangsa keadaan.
Kalau nak kritik, kritiklah saya. Jangan babitkan anak saya yang tak bersalah. Saya hargai semua yang menegur dan mendoakan.- Tambahnya lagi.
Kalau korang masih ingat, sebelum ni Anju ada tampil menafikan tuduhan liar kononnya dia terbabit dengan rakaman video porno bersama Hot Daddy di Bali.
Katanya, tujuan sebenar dia ke sana hanyalah untuk promosi produk dan kebetulan bertemu dengan lelaki berkenaan yang merupakan rakannya.
Pssttt! Dalam hidup ni, kita tak boleh lari daripada ujian dan kontroversi. Tapi macam yang Anju tunjukkan, cara kita hadapi masalah tu yang paling penting. Jadi korang, kalau orang tegur, ambil sebagai pengajaran, bukannya terus melenting. Yang penting, jangan sesekali heret anak atau keluarga dalam masalah kita.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM