Oh! Artis

Tauke Jambu Dan Isteri Nafi Terlibat Kes Bapa Ayam

Published on

Nama pelawak Tauke Jambu tiba-tiba menjadi trending selepas netizen kaitkan namanya dengan penangkapan seorang pelawak oleh pihak polis akibat disyaki jadi bapa ayam. Perkara ini bagaimanapun dinafikan sepenuhnya Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria.

BACA: Pelawak Terkenal Ditangkap Polis Disyaki Jadi Bapa Ayam

Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu. Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian. – Kata Tauke kepada Harian Metro

Tauke bagaimanapun tidak memarahi netizen yang mengaitkan namanya dengan isu ini tetapi rasa lucu dan tak sangka netizen fikir dia terlibat dengan isu bapa ayam.

Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun boleh dipertikaikan, apatah lagi saya ini. – Tambahnya.

Menguatkan lagi penafian Tauke, isterinya Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya terlibat dengan jenayah terkutuk itu. Nadia mengesahkan yang suaminya ada dirumah bersamanya ketika ini.

Pihak polis pada waktu ini sedang menjalankan siasatan dan kita tunggu sahaja perkembangan terkini dari polis. Kesian Tauke Jambu, huhu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version