Connect with us

Oh! Media

Tauke Jambu Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Penyebar Berita Palsu?

ea91a62c bce1 4657 a512 ecf65a1ecadb

Oh! Artis

Tauke Jambu Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Penyebar Berita Palsu?

Pelawak Tauke Jambu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebar fitnah dah berita palsu berkaitan dengan isu dirinya baru-baru ini ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia bagi tujuan seks.

BACA : Tauke Jambu Dan Isteri Nafi Terlibat Kes Bapa Ayam

Menurut Tauke, dia berasa kesal apabila kerjasamanya bersama pihak polis susulan dengan kes berkenaan telah disalah anggap sehingga menghukum dirinya.

IKLAN

Tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak peguam saya susulan daripada pelbagai kenyataan tidak berasas, fitnah, cacian serta penyebaran berita palsu berkaitan dengan saya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria berharap tindakan undang-undang yang bakal diambil olehnya ini dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu tentang dirinya di media sosial.

Sekadar info, pelawak ini telah menafikan dakwaan dimana dia telah membawa peralatan seks seperti yang dikaitkan dalam kes dan katanya, dia hanya membawa buah tangan berupa rambutan gading serta petai untuk isterinya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas