Connect with us

Oh! Media

Taufiq Hanafi Didakwa Kikis Duit Teman Wanita, Ini Respon Tuan Badan

taufiq hanafi

Oh! Artis

Taufiq Hanafi Didakwa Kikis Duit Teman Wanita, Ini Respon Tuan Badan

Baru-baru ini kecoh dakwaan tentang ada seorang pelakon lelaki mengikis duit teman wanita. Artikel itu tersebar tanpa menyebut sebarang nama dan menyebabkan netizen mula memetik nama pelakon, Taufiq Hanafi.

ADVERTISEMENT

Nama Taufiq dipetik berikutan artikel itu hanya memberikan bayangan pelakon lelaki terbabit pernah membintangi filem aksi ketenteraan. Pelakon itu juga dikatakan pernah bertunang dan memutuskan ikatan tanpa sebarang sebab.

BACA: “Tiba-Tiba Bercinta Dengan Artis Lain..”, Pelakon Lelaki Terkenal Didakwa Kaki Kikis Duit Wanita

Taufiq atau nama sebenarnya Mohamad Taufiq Mohd Hanafi bagaimanapun menafikan dakwaan terbabit ketika ditanya pihak mStar.

Saya ada baca sebuah artikel yang ditulis secara agak terperinci butirannya namun saya tak mahu ambil kisah dan anggap berita itu tentang artis luar negara.

Tapi apa buat saya tak sedap bila netizen secara terang-terangan memetik nama saya sebagai individu yang dimaksudnya.

Menjawab soal putus tunang, Taufiq menjelaskan dia dan bekas tunang, Farah Azrina berakhir dengan baik dan masih berhubung.

Nak kikis apanya? Saya pun hidup dalam keluarga yang Alhamdulillah semuanya serba mencukupi.

Kenapa saya nak kena buat macam tu? Saya ada keluarga yang boleh bantu sekiranya saya susah dan tuduhan itu tak manis sebab turut melibatkan mereka.

Walaupun mungkin bukan namanya yang artikel itu maksudnya, Taufiq tetap ada hak untuk membersihkan namanya. Apapun, semoga Taufiq terus kuat dan tabah dalam mengharungi cabaran dunia seni.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas