Connect with us

Oh! Media

Tarik Laporan Keganasan Rumah Tangga, Avaa Vanja Maafkan Bekas Suami Demi Ketenangan Hati

Img 20230117 123225 770

Oh! Artis

Tarik Laporan Keganasan Rumah Tangga, Avaa Vanja Maafkan Bekas Suami Demi Ketenangan Hati

Nama pelakon, Avaa Vanja pernah menjadi hangat setelah dirinya disahkan bercerai dengan bekas suami, Amil Sulaiman pada Februari 2022.

BACA: “10 Tahun Bersama..” -Avaa Vanja, Pelakon ‘Hantu Kak Limah’ Sah Cerai Talak Satu

Terkini, pelakon itu dikatakan telah menarik semula laporan terhadap bekas suaminya berhubung dakwaan mendera dan melakukan keganasan rumah tangga. Eh betul ke?

IKLAN

Demi ketenangan hati

Img 20230117 123225 455 1

Avaa atau nama sebenarnya Avaa Vanja Mohamad Ramli memaklumkan bahawa dirinya telah memaafkan Amil kerana dibelenggu oleh perasaan bersalah dan tidak tenang.

Jika dia kena penjara, saya perlu tanya semula apa niat untuk buat laporan semua ini, jadi lebih baik saya maafkan sahaja. Kemaafan saya buat ini bagaikan satu anugerah terbesar buat saya. Siapa saya untuk menghukum dia? Lebih baik saya move on dan tidak lagi terkait dengan perkara yang tidak elok untuk diri sendiri.

Sebelum ini, Avaa telah membuat laporan polis terhadap Amil susulan dakwaan melakukan keganasan rumah tangga terhadap dirinya dan anak mereka.

Pelakon itu dikatakan telah ke Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur bagi menarik semula laporan yang dibuat dan menyerahkan dokumen berkaitan di mahkamah.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas