Connect with us

Oh! Media

“10 Tahun Bersama..” -Avaa Vanja, Pelakon ‘Hantu Kak Limah’ Sah Cerai Talak Satu

avaa vanja

Oh! Artis

“10 Tahun Bersama..” -Avaa Vanja, Pelakon ‘Hantu Kak Limah’ Sah Cerai Talak Satu

Isnin lalu, pelakon Hantu Kak Limah, Avaa Vanja sah bercerai talak satu dengan Aamil Sulaiman di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hari Yang Mendung…” – Shila Amzah Sah Diceraikan Dengan Talak Satu

Menerusi laporan Awani, Avaa tidak pernah simpan dendam kepada suaminya dan berharap mereka dapat meneruskan hidup masing-masing dengan tenang.

Lima bulan hadap konflik

avaa vanja

Avaa dikatakan telah memfailkan tuntutan fasakh dan hadhanah sejak Disember lalu. Selepas lima bulan mengharungi konflik rumah tangga hingga tidak tinggal sebumbung, akhirnya penceraian merupakan jalan yang terbaik buat kedua-dua pihak.

Saya lega kerana akhirnya kami dapat mencari jalan penyelesaian terhadap krisis rumah tangga kami hari ini menerusi persetujuan bersama dan dilakukan secara damai.

Selepas hampir dua bulan turun naik mahkamah, hari ini saya sah diceraikan talak satu.

Walaupun lega, jauh di sudut hati tentu saja saya sedih kerana kami pernah melalui kehidupan bersama 10 tahun. Siapa yang tak ingin bahagia ke hujung usia? Namun kita tak mampu menolak aturan Allah.

Walau apa pun yang berlaku, Avaa menyatakan tiada dendam yang disimpan dan dia ikhlas memaafkan kesilapan suaminya.

Sebelum ini, Avaa pernah membuat laporan polis mendakwa dia dan anaknya terlibat dengan penderaan domestik. Hak penjagaan sementara anak mereka buat masa ini diberikan kepada Avaa.

Semoga kehidupan Avaa dan anaknya akan menjadi lebih bahagia dan diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas