Connect with us

Oh! Media

Tampilkan Sang Bara Dalam Pentas MLM, Lawak ‘Plot Twist’ Kumpulan Tiro Buat Netizen Berdekah

Oh! Artis

Tampilkan Sang Bara Dalam Pentas MLM, Lawak ‘Plot Twist’ Kumpulan Tiro Buat Netizen Berdekah

Semalam telah berlangsungnya minggu ke-7 program realiti komedi, Maharajalawak Mega (MLM) 2021 yang menampilkan 7 kumpulan yang masih tersisa.

ADVERTISEMENT

BACA: Gara-Gara Tersingkir MLM 2021, Rahim Dan Man ‘Dibahan’ Dalam Sepahtu Reunion

Dengan bertemakan ‘Karoot’ dan ‘dikir barat’, setiap kumpulan dilihat berjaya memberikan persembahan yang berkualiti serta ada daripadanya berjaya memikat hati juri dan penonton.

Namun, kumpulan Cawan yang dianggotai oleh Che Mat, Aliff Yasraf dan Wan Gegau tidak berjaya meneruskan perjuangan ke minggu seterusnya selepas diumumkan tersingkir semalam.

Hadir tanpa kelibat Danial, kumpulan Tiro tampil dengan kejutan

Bagaimanapun, Kumpulan Tiro yang dianggotai Sharif, Syaiful dan Danial Zaini menjadi salah satu kumpulan yang berjaya memikat hati juri selepas menampilkan persembahan yang memukau sekaligus memperoleh 5 Ha.

Sebelum ini, Sharif dan Syaiful pernah menyatakan bahawa Danial tidak dapat bersama dengan mereka oleh sebab-sebab yang tertentu selain mengakui terdapat pengganti untuk menemani mereka.

Sejak dari itu, netizen mula menzahirkan rasa kecewa selain berharap agar pengganti tersebut mampu memberikan persembahan yang terbaik walaupun tidak mengenalinya.

Namun ketika persembahan, orang ramai mula tertanya-tanya siapakah pengganti yang hadir disebalik kain yang tertutup, bagaimanapun suasana mula kecoh selepas melihat pengganti tersebut merupakan ‘kembar’ Sang Bara.

Selain itu, individu yang mengenakan topeng naga tersebut turut mencuit hati penonton dengan mengayakan suara serta gaya Sang Bara. Lebih menghibur, dia juga bersahaja meluahkan hasrat ingin bertunang dengan Uqasha Senrose.

@naim_official29 #tiro #tiromlm2021 #maharajalawakmega2021 #mlm2021 #dikirbarat #lawak #komedi #fypage #foryou ♬ original sound – MRX NAEM

Kembar Sang Bara buka topeng, jadi Azwan Ali pula

Ketika di hujung persembahan, identiti kembar Sang Bara akhirnya dibongkar selepas Sharif dan Syaiful bertindak membuka topeng naga tersebut.

Alangkah terkejut orang ramai selepas pada awalnya menyangka individu tersebut merupakan pengacara, Azwan Ali berdasarkan gaya serta cara percakapannya.

Rupa-rupanya, individu tersebut adalah Danial sendiri yang menyamar sekaligus berjaya membuat suasana menjadi kecoh dengan gelak ketawa selain juri juga tidak kering gusi dibuatnya.

@naim_official29 Reply to @prozenhack #tiro #tiromlm2021 #divaAA #mlm2021 #maharajalawakmega2021 #dikirbarat #komedi #lawak #fypage #foryou ♬ original sound – MRX NAEM

Seperti yang dijangka, kumpulan Tiro sekali lagi memperoleh 5 Ha selepas juri dan Sang Bara original memuji persembahan mereka yang disifatkan sebagai unik.

@naim_official29 Reply to @sophiamhau95 #tiro #tiromlm2021 #mlm2021 #maharajalawakmega2021 #dikirbarat #komenjuri #komedi #lawak #fypage #foryou ♬ original sound – MRX NAEM

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terhibur dengan persembahan mereka selain berharap agar kumpulan tersebut mampu konsisten hingga ke pentas akhir.

Setakat ini, video yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu telah mencapai lebih daripada 60,000 jumlah tontonan serta mendapat 3,000 tanda suka.

KredIt: TikTok @naim_official29 I Instagram Zon Lawak dan Danial Zaini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas