Connect with us

Oh! Media

Siap Bagi ‘Hint’ Empat Gambar, Sang Bara Sebenarnya Shaheizy Sam?

Oh! Artis

Siap Bagi ‘Hint’ Empat Gambar, Sang Bara Sebenarnya Shaheizy Sam?

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan program realiti, Maharaja lawak Mega (MLM) 2021, sudah pasti ramai akan mula bertanya-tanya akan identiti sebenar juri misteri dalam edisi kali ini iaitu Sang Bara.

ADVERTISEMENT

BACA: Netizen Teka Tokram Di Sebalik Topeng Sang Bara, Betul Ke?

Mana tidaknya, dia sebelum ini hadir dengan pelbagai komen yang agak pedas selain turut sempat ‘bergaduh manja’ bersama para juri yang lain.

Bagaimanapun, identiti sebenar Sang Bara tidak lama lagi akan didedahkan kepada umum dalam pentas akhir MLM2021 yang bakal berlangsung pada harI Jumaat ini.

Netizen gigih tapis suara Sang Bara, Datuk Rosyam Nor tahu siapa identiti sebenar?

Baru-baru ini, segelintir netizen juga turut bertindak dengan menapis suara naga tersebut dengan aplikasi-aplikasi tertentu sehingga mengaitkan beberapa nama.

Namun, ramai dalam kalangan mereka juga turut mencalonkan dua selebriti tempatan iaitu Sharnaaz Ahmad dan Datuk Fizz Fairuz selepas mendengar suara tapisan Sang Bara yang seakan-akan seperti suara mereka.

@meykace

##sangbara ##maharajalawakmega ##fyp

♬ bunyi asal – meykace

Malah, juri tetap program tersebut, Datuk Rosyam Nor juga turut tidak terlepas dari meneka identiti sebenar Sang Bara selain menyifatkan dirinya tahu siapakan individu tersebut.

Menerusi temu bualnya dalam program Meletop baru-baru ini, beliau mengakui individu tersebut merupakan selebriti muda oleh kerana telah memanggil Ropie serta Bell Ngasri dengan panggilan abang.

Dalam hati saya, saya tahu dia siapa. Dia bukan tua sebab baru-baru ni saya tangkap dia panggil Ropie dan Bell Ngasri sebagai abang. Terlepas cakap lah tu.

Selain itu, beliau juga mengakui seakan-akan mengetahui identiti individu tersebut selain menyangka huruf pertama pada nama individu tersebut bermula dengan huruf ‘S’.

Siap bagi empat gambar, juri misteri adalah Shaheizy Sam?

Selepas ramai membuat pelbagai persepsi mengenai identitinya, juri misteri itu sekali lagi tampil memberikan hint dengan memaparkan empat buah gambar selebriti tempatan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram milik Zon Lawak, kelihatan empat keping gambar dengan masing-masing mukanya ditutup oleh jari Sang Bara.

Haaa, dah tau belum siapa aku ni sebenarnya? Ni nak dekat minggu terakhir ni, takkan tak tau lagi kot? meh aku bagi hint-hint sikit.

Bagaimanapun, berdasarkan penelitian terhadap gambar tersebut, jelas kelihatan individu di sebalik gambar tersebut adalah milik Sharnaaz Ahmad, Datuk Fizz Fairuz, Redza Rosli dan Shaheizy Sam.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut keliru dengan hint yang diberikan selain turut menyangka Sang Bara terdiri daripada empat orang selebriti.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 2,500 tanda suka serta mendapat sebanyak 138 komen.

Kredit: Instagram Zon Lawak I YouTube Meletop I TikTok Meykace

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas