Connect with us

Oh! Media

Tampil Seksi Depan Al-Quran Dalam Video, Reen Rahim Mohon Maaf

48084893 b324 4812 9fdd 1d49c56ef8f6

Oh! Artis

Tampil Seksi Depan Al-Quran Dalam Video, Reen Rahim Mohon Maaf

Baru-baru ini, pelakon terkenal Reen Rahim ada memuatnaik satu video dimana dia tengah mengaji Al-Quran bersama ibunya. Walaubagaimanapun, video tersebut telah buatkan netizen tak senang duduk, kenapa pula tu? 

Kalau korang nak tahu, semasa mengaji tu Reen menggayakan pakaian yang menampakkan bahagian belakang badan dan juga bahunya. Memang patutlah pun!

Apapun, Reen telah memuatnaik satu posting di Instagramnya dah telah meminta maaf secara umum. Dalam posting tersebut, Reen juga menunjukkan teguran daripada bapa saudaranya tentang isu ini.

IKLAN

Assalam adik. Maaf sangat-sangat. Boleh tak potong sedikit video gambar ini. Depan al-Quran tu, nanti apa orang cakap.

Bukan tu jer, ibu Reen sendiri pun ada menegur supaya memotong babak berpakaian seksi dan menjaga adab ketika di depan Al-Quran. 

Teguran mendidik apa salahnya kita ikut. Sebab teguran yang sama ada dekat hati ibu. Cumanya ibu nak beritahu petang-petang sikit.

Tapi Allah kesian dekat ibu. Digerakkan hati uncle kau mewakili ibu. Potong ya dik sebab niat uncle dengan niat ibu sama. Kebetulan dia lebih cepat.

Reen akui terlepas pandang tentang perkara ini dan memohon maaf atas kesilapannya. Reen juga mengatakan yang dia akan memotong babak itu sebelum masukkan video itu ke Youtube balik nanti.

Kredit: Instagram Reen Rahim

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas