
Oh! Artis
Tak Tolak Peluang Bercinta, Shila Amzah Tak Mahu Lelaki ‘Sangkut’ Bebanan Hidup
Oleh
Penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah mendedahkan bahawa dirinya tidak menolak peluang bercinta namun lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
BACA: Dikecam Masuk GV Padahal Masih Relevan, Shila Amzah Pening Baca Komen Netizen
Shila berkata bahawa dirinya mahu mencari pasangan yang bebas daripada bebanan hidup, eh macam mana tu?
Dibebani masalah silam

Menurut penyanyi tu, Shila berkata bahawa lelaki yang dicarinya perlu menyelesaikan masalah bebanan hidup yang dihadapi sebelum memikul tanggungjawab menjaganya.
Sebabnya, saya tidak mahu si dia terbeban dan memikul tanggungjawab untuk mengendalikan masalah saya. Jadi apabila saya berjumpanya, saya hendak ada lebih ruang untuk menyayangi, tenang fikiran dan tidak terbeban dengan masalah lalu.
Umum mengetahui bahawa dirinya telah berpisah dengan bekas suami pada Februari yang lalu dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media
