Connect with us

Oh! Media

Dikecam Masuk GV Padahal Masih Relevan, Shila Amzah Pening Baca Komen Netizen

Oh! Artis

Dikecam Masuk GV Padahal Masih Relevan, Shila Amzah Pening Baca Komen Netizen

Rancangan realiti popular, Gegar Vaganza kembali menemui peminatnya 18 September ini. Kali ini saingan lebih sengit apabila GV menampilkan beberapa penyanyi tersohor tanah air.

ADVERTISEMENT

Antaranya adalah Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok (Newboyz), Dina Nadzir dan Bob Yusof. Selain itu, vokalis kumpulan Def-Gab-C, Asheed, Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam, Roy Kapilla, Haida, Pat Candy dan Tom turut berentap untuk musim ke-9 ini.

BACA: “Dah Tukar Konsep Ke?”, Netizen Persoal Kenapa Gegar Vaganza Tampilkan Shila Amzah, Jaclyn Victor Dan Tomok Sebagai Peserta

Apa yang menjadi perdebatan ramai adalah penyertaan Shila Amzah yang merupakan pemenang AJL ke 36. Orang ramai berasa hairan memandangkan Shila masih lagi relevan dalam industri nyanyian.

Malah, penyanyi ini yang memakai maskot Rambutan baru bergelar juara untuk rancangan The Masked Singer Malaysia musim kedua April lalu.

Menurut Shila Amzah, penyertaannya musim ini bukanlah kerana duit tetapi untuk memperbaiki diri sendiri.

Jelasnya, medan ini paling sesuai untuk seorang penyanyi berkarya dan dia sedia berdepan dengan kritikan mengenai nyanyiannya.

Malah, Shila lebih selesa jika orang mengkritik mengenai kerjanya berbanding soal peribadi.

Meninjau ke Instagram, Shila Amzah meluahkan rasa ‘pening’ membaca komen-komen yang ditinggalkan netizen. Hantaran itu dipercayai merujuk kepada isu yang sedang diperkatakan sejak semalam.

Kredit: Harian Metro | Instagram Shila Amzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas