Connect with us

Oh! Media

“Tak Sampai Hati Nak Kejut Aeril”, Wawa Zainal Selamat Lahirkan Anak Ke-4

wawa zainal

Oh! Artis

“Tak Sampai Hati Nak Kejut Aeril”, Wawa Zainal Selamat Lahirkan Anak Ke-4

Awal pagi tadi, usahawan dan pelakon wanita terkenal, Wawa Zainal dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit hendak bersalin.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, dalam perkongsian terbaru Wawa di Instagram miliknya memaklumkan berita gembira sudah selamat melahirkan anak ke-4 mereka. Wawa berkongsi gambar dia bersama suami, Aeril Zafrel dan bayi lelaki.

Tak sampai hati nak kejut suami jam 2 pagi

Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2 pagi menahan sakit, tak sampai hati nak kejut Aeril. Tunggu la sampai 5 pagi, sampai-sampai hospital dah 9cm.

Lain macam sakit dia walaupun anak ke-4 dah. Nama belum ada, ada cadangan ke? – Tulis Wawa.

Dalam pada itu, Aeril turut berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan isteri dan anaknya.

Assalamualaikum anakku… terima kasih semua atas doa-doanya. – Tulisnya.

Sekadar perkongsian, Nur Hawa Zainal Abidin berkahwin bersama Suhairil Sunari pada tahun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. Sama-sama kita nama anak ke-4 mereka.

Kredit: Instagram Wawa

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas