Connect with us

Oh! Media

“Tak Salah Pun Mufti Minta Maaf Kepada Artis” – Mufti Pulau Pinang

Mufti pulau pinang sitinurhaliza ohmedia

Oh! Artis

“Tak Salah Pun Mufti Minta Maaf Kepada Artis” – Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza berikutan nasihatnya nasihatnya berhubung tarikh konsert yang hampir dengan bulan Ramadan.

BACA: Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Siti Nurhaliza Selepas Tegur Tarikh Konsert Dekat Dengan Ramadan

Dr Wan kemudian meminta orang ramai untuk tidak memanjangkan lagi isu ini tetapi jadi lebih parah pula apabila ramai yang mengecam Siti Nurhaliza kerana seorang mufti tampil meminta maaf kepadanya.

IKLAN

Mufti juga manusia biasa, tidak maksum…

Disebabkan itu, Dr Wan sekali lagi sekali tampil untuk meminta orang ramai bertenang dan menyatakan tiada salahnya seorang mufti memohon maaf.

Tak salah pun mufti minta maaf kepad artis atau sesiapa kerana kita manusia biasa, tidak maksum.

Manusia tidak boleh yakin bahawa apa yang kita katakan itu adalah betul di sisi Allah SWT. Hanya kita fikir betul tetapi hanya berdasarkan pertimbangan ijtihad kita sahaja yang boleh betul dan boleh salah.

Pada pandangan manusia, mufti lebih baik daripada artis tetapi manalah kita tahu, di sisi Allah SWT jadi sebaliknya, justeru tidak salah minta maaf.

Dalam pada itu, Dr Wan sekali lagi menyeru semua untuk hentikan perbalahan dan menjadikan isu ini sebagai pengajaran.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas