Connect with us

Oh! Media

Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Siti Nurhaliza Selepas Tegur Tarikh Konsert Dekat Dengan Ramadan

Sitinurhaliza mufti pulaupinang ohmedia

Oh! Artis

Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Siti Nurhaliza Selepas Tegur Tarikh Konsert Dekat Dengan Ramadan

Sebelum ini, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor (Mufti Pulau Pinang) telah membuat teguran secara terbuka berkenaan tarikh konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berhampiran dengan tarikh menyambut Ramadan.

BACA: Gesaan Tunda Konsert Menjelang Ramadan, Ini Respon Siti Nurhaliza Kepada Mufti Pulau Pinang

Tidak menyangka teguran itu menjadi hangat di media sosial, Wan Salim tampil membuat permohonan maaf dan mengakui tiada niat mahu meraih populariti.

IKLAN

Beliau menyatakan niatnya hanya ingin menegur tentang tarikh yang dekat dengan sambutan bulan Ramadan dan boleh melalaikan. Ini kerana umat Islam ketika itu perlu mempersiapkan rohani secukupnya sebelum menyambut bulan penuh mulia itu.

Segala tindakan dan keputusan yang dilakukan kita akan dinilai Allah…

Bagaimanapun, saya hanya memberi pandangan peribadi serta mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani bukan sekadar ingin mencapai kepentingan segera.

Terserah kepada pihak berkaitan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberikan atau menolaknya berdasarkan pertimbangan masing-masing.

Cuma perlu diketahui, sesuatu amalan atau tindakan seseorang Muslim dinilai di sisi Allah SWT berdasarkan niat yang ikhlas daripada pelakunya dan betul pula caranya mengikut syariat.

Ini bermaksud tidak memadai melakukan sesuatu hanya dengan niat yang baik dan ikhlas sahaja tetapi caranya juga mestilah sesuai dengan hukum syariat.

Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang juga memohon maaf kepada Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa sekiranya teguran yang dilakukan menimbulkan rasa kurang senang sehingga mengganggu perjalanan program.

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas