Connect with us

Oh! Media

“Tak Pernah Satu Hari Saya Tak Teringatkan Sarah” – Shuib Minta Henti Jodohkan Dirinya Dengan Orang Lain

Oh! Artis

“Tak Pernah Satu Hari Saya Tak Teringatkan Sarah” – Shuib Minta Henti Jodohkan Dirinya Dengan Orang Lain

Sejak pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin akibat jangkitan Covid-19 10 bulan yang lalu, dapat kita lihat netizen sering kali ingin menjodohkan pelakon dan pelawak, Shuib dengan beberapa orang artis di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Shuib Dedah Telah Kenali Orang Baru?

Dilihat sering diasak mengenai isu mencari pengganti, Shuib yang juga merupakan usahawan berjaya memohon agar dia diberikan ruang untuk menjalani kehidupan dengan tenang.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad yang ditemui Kosmo memaklumkan bahawa dia cukup sedar, mungkin ramai yang mula bosan apabila dirinya selalu bercakap mengenai jodoh baru selepas 10 bulan pemergian isteri tercintanya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Tak rimas tapi kalau boleh berilah sedikit ruang untuk saya menjalani kehidupan dengan tenang, sebab ini bukanlah satu perkara yang mudah.

10 bulan Sarah dah tinggalkan saya dan anak-anak. Satu rasa yang cukup luar biasa sebenarnya. Kadang-kadang sampai tak tahu bagaimana nak terjemahkan.

Tak pernah satu hari berlalu saya tak teringatkan tentang Sarah. Susahnya nak menjalani kehidupan pun dah satu tekanan buat saya.

Bapa kepada empat orang anak itu turut memaklumkan bawaha apabila ramai pihak yang cuba menjodohkan dirinya dengan mana-mana wanita, dia akui merasakan tekanan namun hanya mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

Saya berterima kasih apabila orang ambil berat pasal saya tetapi kadang-kadang pasal jodoh, bercinta dan berkawan dengan siapa membuatkan saya tertekan.

Mengapa tidak doakan saya dan anak-anak yang terbaik. Insya-Allah, doa-doa kalian semua saya akan balikkan. Saya nak semua orang bahagia dan teruskan doa yang terbaik tapi jangan terlalu menekan cuba nak jodohkan dengan itu, dengan ini.

Anak saya semakin membesar dan mereka dah boleh membaca. Saya tak nak komen yang bukan-bukan dalam media sosial memberi kesan kepada emosi dan pemikiran mereka.

Sebelum ini. beberapa wanita termasuk kenalan industri seperti penyanyi Siti Nordiana dan terbaru, pelakon, Zara Zya dikatakan bakal menjadi jodoh baru Shuib selepas pemergiaan Siti Sarah Ogos tahun lalu.

Kredit: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas