Connect with us

Oh! Media

shahrol shiro

Oh! Artis

“Tak Perlulah Gantung Tugas, Mereka Ada Keluarga Perlu Disara” – Shahrol Shiro

Isu mempersenda agama yang dibuat penyampai radio Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin telah mengundang perhatian Shahrol Shiro.

BACA: Pak Azad Mohon Maaf, Akui Buat Silap Sentuh Sensitiviti Kaum India

IKLAN

Dalam satu hantaran di Instagram, Shahrol memuji sikap penyampai yang segera memohon maaf secara terbuka.

Shahrol kurang setuju gantung tugas serta merta

Tak cukup dengan itu, mereka juga telah turun ke Batu Caves memohon maaf secara bersemuka dan memberi kerjasama penuh kepada MCMC dalam siasatan.

Menurut Shahrol, tindakan mereka adalah tepat dan menunjukkan sikap bertanggungjawab dan kesal.

Jelasnya, apa yang berlaku mirip seperti insiden melibatkan kedai serbaneka KK Mart dan pengguna Facebook Cecilia Yap sebelum ini.

Dorang sudah pun digantung tugas sebagai penyampai radio. Dorang dah minta maaf, dorang dalam siasatan sepatutnya bagi lah masa sehingga siasatan tu lengkap barulah ERA ambil tindakan. Macam isu KK Mart, minta maaf tapi dalam siasatan, tutuplah dulu premis tu sementara. Ada la juga hukuman.

Walau bagaimanapun, Shahrol kurang bersetuju dengan tindakan stesen radio yang menggantung tugas ketiga-tiga penyampai tersebut sementara menunggu siasatan selesai.

Jadikan pengajaran

Kalau boleh tak perlulah gantung tugas mereka kerana mereka ada keluarga yang perlu disara.

Shahrol juga memberi peringatan kepada penyampai radio terlibat dan orang ramai supaya menjadikan insiden ini sebagai tauladan.

Ujarnya, sangat penting untuk saling menghormati apabila hidup di Malaysia yang berbilang kaum.

shahrol shiro

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Shahrol Shiro


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas