Connect with us

Oh! Media

Tak Mahu Susahkan Suami, Adira Suhaimi Pilih Untuk Bekerja

adira suhaimi

Oh! Artis

Tak Mahu Susahkan Suami, Adira Suhaimi Pilih Untuk Bekerja

Adira Suhaimi atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi merupakan seorang bintang Akademi Fantasia yang berasal dari Ranau, Sabah.

ADVERTISEMENT

BACA: Adira Suhaimi Beri Peluang Kedua Kepada Datuk Red

Sebelum ini, anak-anak menjadi punca utama Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Red tidak jadi bercerai.

Lebih selesa berdikari

adira suhaimi

Menerusi laman Berita Harian, Adira Suhaimi lebih selesa untuk berdikari dan mencari pendapatan sendiri walaupun memiliki suami yang mampu untuk menanggung kehidupan hariannya.

Dari kecil saya diajar untuk mencari duit sendiri. Walaupun ada suami, saya kena ada perancangan, sekurang-kurangnya tidak terlalu mengharapkan suami. Kita kena ingat ada masa suami senang dan susah.

Jadi, saya tidak mahu menyusahkan suami, jadi biarlah saya bekerja. Saya anggap lebih senang apabila saya memiliki duit sendiri boleh juga dikongsi pada keluarga, adik beradik dan mereka yang memerlukan.

Saya suka membeli apa sahaja yang dimahukan dengan duit sendiri. Saya juga mempunyai perancangan masa depan untuk anak-anak.

Adira juga mengatakan bahawa dia simpan sedikit peninggalan buat anak-anak, kerana dia juag tidak tahu umurnya panjang atau tidak. Penyanyi berkulit putih ini juga mengatakan, dia tergerak hati membuka perniagaan untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan.

Saya pernah berdepan dengan kesusahan hidup, saya tahu bagaimana rasa peritnya apabila bergelut dengan bebanan kewangan.

Niat saya membuka perniagaan bagi membantu orang lain yang ada masalah kewangan. Sekarang saya masih mencari apa yang boleh saya lakukan untuk bantu orang lain dengan platform yang ada.

Lebih serius dalam perniagaan

Adira kini telah mengeluarkan produk makanan tambahan bernama Soo Puteh. Setelah empat bulan pelancaran produk itu, Adira kini lebih yakin dan serius untuk mengembangkan perniagaannya.

Penyanyi lagu Ombak rindu itu mengatakan bahawa dia tidak sangka akan mendapatkan sambutan yang memberangsangkan dalam tempoh empat bulan. Adira mula serius dalam perniagaan sejak berlakunya pandemik Covid-19.

Bermula 5,000 kotak, kini saya menambah sebanyak 10,000 kotak lagi. Ini adalah permulaan baik buat saya.

Insya-Allah saya akan terus berniaga. Saya perlu berniaga sebab tidak tahu bila pandemik akan berakhir. Jadi, saya kena ada perancangan awal.

Menceburi bidang perniagaan tidak menjadi sebab untuk berhenti dari kerjaya nyanyian, Adira mengatakan bahawa dia masih mengutamakan kerjayanya sebagai penyanyi dan mahu cuba untuk seimbangkan kedua-duanya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas