Connect with us

Oh! Artis

Tak Letak Hantaran Tinggi, Ibu Reen Rahim Mahu Bakal Menantu Beri Senaskah Al-Quran Yang Dikhatam

Pelakon cantik Reen Rahim, baru-baru ini telah mendedahkan bahawa ibunya tidak meminta hantaran yang tinggi daripada bakal suaminya, Mr. H.

BACA: Tampil Seksi Depan Al-Quran Dalam Video, Reen Rahim Mohon Maaf

IKLAN

Menurut pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu, ibunya hanya meminta tunangnya menghadiahkan satu set barang kemas dan senaskah Al-Quran yang telah dikhatamkan dengan berguru.

Minta jadi suami yang baik

Reen juga memaklumkan bahawa dirinya turut bersetuju dengan syarat hantaran yang diletakkan oleh ibunya terhadap bakal suami.

Saya sebenarnya suka (permintaan ibu) sebab saya tidak boleh minta dia jadi suami yang baik, boleh jaga saya, tidak aniaya saya. Saya tidak boleh minta itu dengan bakal suami. Apa yang saya boleh buat adalah minta kepada Allah SWT. Jadi dengan Al-Quran itu, saya yakin ia dapat memberi laluan kepada apa yang saya inginkan. – Reen

Tambahan, pelakon itu berkongsi bahawa bakal suami sering menghabiskan masa membaca kitab itu dan meminta pandangan orang yang lebih arif untuk meneliti bacaannya.

Sebelum ini, Reen mendedahkan dirinya telah bertunang dengan seorang jejaka berusia enam tahun lebih muda darinya dan bakal melangsungkan majlis pada hujung tahun ini.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas