Connect with us

Oh! Media

“Tak Kerja Nafkah Culas” – PA Mengamuk, Bekas Adik Ipar Bongkar Perangai ‘Hauk’ Adik Shila Amzah

Adik Shila Amzah

Oh! Artis

“Tak Kerja Nafkah Culas” – PA Mengamuk, Bekas Adik Ipar Bongkar Perangai ‘Hauk’ Adik Shila Amzah

Konflik keluarga penyanyi Shila Amzah nampaknya semakin memuncak lepas seorang demi seorang membuat ‘luahan’ perasaan mengenai apa yang terjadi.

Asalnya mereka bertikam lidah pasal isu jual rumah banglo di Hulu Langat Selangor tu je. Tapi keadaan menjadi panas selepas adik lelaki Shila iaitu Amir Syafiq mendakwa penyanyi itu acah-acah tersakiti dan tak jaga ibu dorang.

BACA: “Bak Datang Aku Tunggu” – Shila Amzah Cabar Adik Sepak Mukanya Sekali Lagi

IKLAN

Bukan adik beradik je berbalah, PA Shila Amzah dan bekas isteri Syafiq pun dah hilang sabar. Mereka berdua bongkar perangai ‘hauk’ Syafiq yang didakwa tak bekerja, culas nafkah anak dan kaki beduk perempuan.

Adik Shila Amzah
Pa Shila Amzah
Pa balaci 2

Bekas isteri Syafiq, Nurul Anis Waheeda menganggap Syafiq hanya membuka aib diri sendiri apabila berlagak ‘play victim’.

Katanya, sebagai anak lelaki sulung dia harus jaga keluarga tetapi Syafiq sendiri pun rupanya tak bekerja. Dakwa Anis lagi, Syafiq selalu culas membayar nafkah anak dan suka meminjam duit orang.

Balaci
Pa Balaci

PA Shila Amzah turut menjawab dakwaan Syafiq bahawa rumah banglo yang dibeli guna nama Shila adalah dengan budi bicara pihak bank.

Pa balaci 5
Whatsapp image 2023 10 12 at 75612 am

Pembantu peribadi penyanyi itu turut meluahkan rasa tak puas hati apabila dipanggil ‘balaci’ oleh Syafiq. Dia yang sudah 13 tahun bekerja dengan Shila sudah tahu hal ‘luar dalam’ keluarga itu tetapi kali ini kesabarannya benar-benar dicabar.

Kredit: Instagram Aini Shuhaidah | mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas