Oh! Artis
“Bak Datang Aku Tunggu” – Shila Amzah Cabar Adik Sepak Mukanya Sekali Lagi
Oleh
Lepas satu satu dugaan buat penyanyi Shila Amzah apabila dia sekali lagi diuji dengan masalah keluarga. Kali ini dia dan adik beradiknya pula bergaduh bermula dengan isu jual rumah.
BACA: “Yang Makan Bersuap Senang Cakap” – Banglo Rupanya Shila Amzah Punya, Ada Sebab Nak Kena Jual
Terbaru, penyanyi ini meluahkan rasa kecewa dengan sikap adiknya Muhammad Amir Syafiq yang dikatakan mereka cerita untuk memburukkan namanya.
context tambahan pasal rumah ( live syafiq adik shila amzah yg lempang dia ):
— sayang (@AidaSue) October 11, 2023
Menurut live ni (betulkan kalau salah): Nd lala beli rumah atas nama shila, dah habis bayar guna duit show shila amzah, tapi shila takleh jual sebab ni rumah pusaka 😭😂 fuh the logic, agent rumah… pic.twitter.com/KmeA5Tk88J
Syafiq juga menuduh Shila tak berbincang sebelum ambil keputusan jual rumah yang ibu dan adik-adik tinggal.
Tak perlu back up dia. Apa yang dia tunjukkan itu fake. Saya ini orang yang benar, sebelum nak burukkan kakak, saya burukkan diri sendiri dulu.
Difahamkan, Syafiq membuat luahan tersebut di TikTok namun kakaknya Shila diletakkan dalam posisi ‘mute’.

Penyanyi lagu Patah Seribu ini mengaku kesabarannya dah sampai ‘limit’. Dia juga tak takut jika Syafiq mahu menyepak muka seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Meh la kalau kau betul anak jantan sulung macam kau claim, bak datang aku tunggu.
Pemilik nama Nurshahila Amir Amzah ini juga sempat membuat sesi langsung di Instagram mendedahkan segala penderitaan yang dilaluinya sejak kecil.
Bila tengok live shila amzah ni betul dia dah sampai limit. Part kena lempang dengan adik, duit sendiri pun takleh nak urus etc. Nasib dia bijak rumah letak nama dia, and nasib ada adik si Syahir 😭
— sayang (@AidaSue) October 11, 2023
Semoga Allah mudahkan urusan Shila sebab she deserves all the happiness in the… pic.twitter.com/PigdS6Ld3A
Sedihnya dengar kisah sedih Shila Amzah, rupa-rupanya banyak yang dipendamnya selama ini. Apa-apa pun diharapkan semuanya selesai cara baik.
Kredit: Instagram Shahila Amzah | X Aidasue
