Oh! Artis
Tak Kerja, Makan Duit Bini Ke? Ini Jawapan Suhaimi Saad
Bekas anggota kumpulan Nasyid InTeam, Suhaimi Saad kini dilihat aktif di akaun media sosial TikTok. Beliau gemar menjawab sebarang soalan yang diajukan pengikut termasuk soal didikan terhadap anak-anak.
BACA:“Gelaran Ustaz Tiada Kelebihan” – Suhaimi Saad Umum ‘Bersara’ Sebagai Penyanyi Nasyid
Seperti yang diketahui ramai, dia dan isteri memilih untuk mendidik sendiri anak mereka di rumah menggunakan konsep ‘home schooling’.
@mosusofficial Reply to @sopynaz hidup adalah sekolah kehidupan #fyp #viral #tiktok #homeschooling #suhaimisaad #sekolah #belajar ♬ original sound – Suhaimi Saad
Orang ramai yang menyedari ‘home schooling’ memerlukan pengorbanan lebih ibu bapa dari segi masa turut bertanya bagaimana beliau keluar bekerja. Dari manakah pendapatannya diperoleh? Ini jawapan Suhaimi Saad.
@mosusofficial Reply to @simasejati0 #pendapatan #kerja #royalti #gaji #duit ♬ original sound – Suhaimi Saad
Secara ringkas Suhaimi berkata dia menerima royalti sebagai penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik apabila lagu-lagunya dimainkan sama ada di radio, pusat karoke, pusat membeli belah dan sebagainya.
Royalti dibayar dua kali setahun, dan jika pandai berjimat cermat wang itu mampu digunakan selama beberapa bulan.
Untuk pendapatan bulanan pula, Suhaimi ada mengajar kelas al-Quran secara online pada sebelah malam. Seorang murid membayar sebanyak RM100, jadi sebulan dia perolehi purata sebanyak RM500.
Untuk pendapatan sampingan di hujung minggu pula, Suhaimi membuat khidmat urut dan mendapat dalam RM400-RM500. Selain itu, pasangan suami isteri ini juga ada buat bisnes online menjual pelbagai produk.
Kredit: TikTok mosusofficial
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
