Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Tak Bunyi Indonesia Langsung, Netizen ‘Approved’ Tegar Nyanyi Lagu Gadis Jolobu

Bertemakan ‘Revolusi 36T’, seramai 8 peserta berentap untuk merebut peluang ke separuh akhir Big Stage musim keempat. Pada persembahan malam tadi, peserta diberi tugas menyanyikan lagu yang jauh daripada genre masing-masing.

BACA: Ini Respon Pengurus Saluran Astro Ria Terhadap Kritikan Ambil Iqbal Sebagai Peserta Big Stage

IKLAN

Antara persembahan yang menarik perhatian adalah peserta dari Indonesia iaitu Tegar Septian. Tegar meraih markah sebanyak 85.4% melalui persembahan lagu ‘Gadis Jolobu’ nyanyian asal Dato’ Hattan dan Waris.

Ini menjadikan Tegar berada di tempat ketiga selepas Aisha Retno (97%) dan Danial Chuer (91.6%).

@tengku_quden Tegar u did well tonite..sebutan clear n bagus.. #tegarseptian #indonesia #malaysia #bigstage2022 #bigstage #xyzbca #foryou #gadisjolobu ♬ original sound – Tengku Raden

Rata-rata netizen memuji persembahan Tegar yang perlu membawakan lagu dalam loghat Negeri Sembilan. Menurut netizen, penyanyi itu menyebut dengan jelas setiap perkataan tanpa ada ‘bunyi’ Indonesia langsung.

Salah seorang netizen berkata, “Aku sebagai orang Nogori, aku approved cara dia cakap loghat nismilan sebab tak dengar mcm dia kekok or tryhard pun”.

Orang Negeri Sembilan sendiri pun ‘approved’ maksudnya memang menjadi la sebutannya kan? Apa pendapat korang pula?

Kredit: TikTok tengku_quden

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas