Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Pengurus Saluran Astro Ria Terhadap Kritikan Ambil Iqbal Sebagai Peserta Big Stage

big stage

Oh! Artis

Ini Respon Pengurus Saluran Astro Ria Terhadap Kritikan Ambil Iqbal Sebagai Peserta Big Stage

Rasanya semua terkejut apabila melihat usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli yang tiba-tiba muncul sebagai peserta ke-12 program realiti nyanyian, Big Stage musim ke-4. Nyanyi Iqbal dikritk juri, orang ramai termasuklah penyanyi profesional, Datuk Hattan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Fikir Secara Waras” – Dato’ Hattan Tempelak Produksi Panggil Peserta Tak Boleh Nyanyi

Kritikan ini bagaimanapun tidak membuatkan Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh gentar dan mempertahankan keputusan mereka membawa Iqbal ke dalam pertandingan nyanyian ini.

Memetik laporan Harian Metro yang menghubungi Norzeha, pihak penerbitan telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada semua peserta untuk memperbaiki persembahan mereka.

Iqbal memiliki 2.1 juta tontonan dalam single pertama

Dengan 2.1 juta ‘views’ yang dimiliki Iqbal menerusi single pertama, Hujan, Big Stage menawarkan platform untuk membuktikan kebolehan dan kemampuan dirinya di pentas yang lebih besar.

Apatah lagi di era digital kini, kita dapat lihat ramai bakat baharu di platform digital, namun vokal yang dipamerkan masih tidak dapat dibuktikan sepenuhnya.

Disebabkan itu, Norzeha mengandaikan Big Stage adalah tempat ujian sebenar untuk seseorang yang ingin menjadi penyanyi untuk membuktikan kebolehan sebenar. Ini kerana ia dilakukan secara langsung dan tiada proses rakaman dan tiada penambah baikan dilakukan oleh studio rakaman.

Kita harapkan mereka dapat membuktikan kemampuan masing-masing. Kita sudah sediakan platform dan kini terpulang kepada mereka untuk menyahut cabaran dan meneruskan agenda seterusnya. Juri dan penonton akan membuat pilihan sekiranya dirasakan mana-mana peserta tidak layak untuk mara ke minggu seterusnya. – Tegasnya.

Iqbal dan Jerung Merah penuhi kriteria yang ditetapkan

Norzeha turut menjelaskan antara kriteria yang diperlukan untuk menyertai Big Stage adalah berusia 30 tahun ke bawah dan memiliki video sama ada lagu sendiri atau ‘cover’ di mana-mana platform media sosial dengan tontonan lebih 500,000.

Apapun kita berilah mereka peluang untuk buktikan apa yang mereka mampu lakukan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas